Wednesday, October 04, 2006

Salam Mesra...

Assalamualaikum...

Salam Mesra buat ahli DPMT terutama ahli Kamsis Baidhowi...Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa di bawah naungan rahmat dan maghfirahNya selalu..Amin...!!!
Kewujudan blog ini, adalah satu usaha menggunakan segala kecanggihan teknologi maklumat di dunia hari ini dalam menyampaikan segala maklumat serta iklan bagi setiap program yang akan dianjurkan oleh DPMT segera sampai kepada ahli kamsis ini selain penghantaran iklan yang telah disediakan oleh pihak DPMT....
Harapan ana selaku penghulu Kamsis Baidhowi sesi 06/07 ini, semoga mendapat kerjasama dari setiap ahli dan ana juga berharap ahli-ahli kamsis ini sentiasa terlibat dan menyertai segala program yang dianjurkan oleh DPMTdi Bait Izzah ataupun diperingkat kamsis.Semoga segala usaha ini, akan memberi input yang berkesan terutama dalam perjuangan Islam yang akan sama-sama kita pikul nanti.

Buat akhirnya, yang baik itu daripada Allah swt dan yang lemah itu daripada kelemahan diri ana sendiri. Sekian,jazakumuLLah hukhairal jaza'...!!! Wassalam


Penghulu Kamsis Baidhowi 2006/2007


# TAZKIRAH #

Detik-detik Rasulullah Menghadapi Sakaratul Maut

Air mata Rasulullah – detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohi Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung2 gurun enggan mengepakkan sayapnya. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, “ Wahai ummatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertaqwalah kepadaNya. Kuwariskan dua perkara pada kalian; Al-Quran dan Sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak oran-orang yang mencintaiku, akan masuk ke dalam syurga bersama-sama ku.” Khutbah singkat diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu-persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghelakan nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang , saatnya sudah tiba. “Rasullullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang dalam keadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik yang berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang keringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam.” Kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya kepada Fatimah, “Siapakan itu wahai anakku?” “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini melihatnya.” Tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut.” Kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri , tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya . kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap sedia di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah. “ Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatangan mu.” Kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?”tanya Jinril lagi. “Khabarkan kepada ku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khuwatir, wahai Rasulullah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: “kuharamkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkn muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkn wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “ Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.

Sebentar kemudian, terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.” Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. “ Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku”- “Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukkan. Fatimah menutupkan tangan diwajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. “Ummatii, ummatii, ummatii”- “Umatku, umatku, umatku”. Dan berakhirlah hidup seorang manusia yang mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholi ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihin.. betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirinkan kepada sahabat-sahabat muslim yang lain agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita. Kerana, sesungguhnya selain daripada itu hanya fana belaka….



..:: ARTIKEL FEQH ::..


<:: BICARA MINGGU INI ::>

Keistimewaan Mazhab Syafie

  1. Penekanan Imam Syafie Rahimahullah sebagai pengasas Mazhab, kepada pengumpulan hadis dan sunnah. Beliau menuntut dengan Imam Sunnah, Malik, dan mengajar pula Imam Sunnah, Ahmad bin Hanbal. Jejak langkahnya diikuti oleh para imam dalam Mazhab ini, sehingga sebahagian mereka menjadi ulamak hadis yang merupakan huffaz agung, seperti Albaihaqi dan Ibn Hajar Al-'asqalani. Ulamak ini telah memberi khidmat yang besar kepada mazhab dengan menguatkan mazhab dengan dalil-dalil.
  2. Penekanan pengasasnya Rahimahullah dengan pelbagai bentuk qias dan asas-asas kepada istinbat yang dimahiri oleh Imam Abu Hanifah dan penuntut-penuntutnya, sehingga mampu mengasaskan penulisan ilmu Usul Feqh. Kemudiannya para pengikutnya pula menjadi rujukan utama dalam ilmu ini seperti Imam Aljuwaini dan Imam Alghazali.
  3. Mazhab ini merupakan mazhab pertengahan antara Ahlirra'yi dan Ahlilhadis.
  4. Bilangan ulamak yang memberi khidmat serta mengembangkan mazhab ini di setiap tempat, sehinggakan kebanyakan mereka mencapai tahap ijtihad seperti Imam Assubki dan Assuyuthi.
  5. Bilangan ulamak mazhab ini yang menjadi mujaddid setiap kurun juga ramai seperti Imam Syafie sendiri mujaddid kurun kedua, Imam Ibn Suraij mujaddid kurun ketiga, Imam Al-Ghazali mujaddid kurun kelima, Alfakhurrazi mujaddid kurun keenam, Ibn Daiqil 'Aid mujaddid kurun ketujuh, Assuyuthi kurun kesembilan dan Imam Alhaddad kurun kesebelas.
  6. Banyaknya kitab yang ditulis oleh para ulamak dalam mentahqiq mazhab ini serta menguatkannya dengan dalil-dalil serta memudahkan para penuntut pada setiap zaman dalam lipatan sejarah.
  7. Pengikutnya yang begitu ramai di merata tempat, tersebar dari Asia Tenggara, sehingga ke benua Hindi, negara-negara Parsi, Iraq dan Syam, kemudiannya Hijaz, Bahrain, Hadhramaut serta Yaman selain Mesir dan beberapa negara Afrika.
Penutup

Penulisan ini hanya bertujuan untuk menerangkan kepada khalayak serba sedikit pengetahuan asas tentang mazhab. Seperti mana yang diketahui umum, telah sepakat keseluruhan ulamak, akan kewajipan bertaqlid bagi seorang yang belum mencapai martabat ijtihad. Maka sewajarnyalah kita mengetahui mazhab yang kita ikuti dalam urusan agama.

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk menyeru kepada taksub kepada sesuatu mazhab, tetapi ingin menyedarkan kita betapa bernilai dan mulianya setiap mazhab feqh yang empat di sisi Islam dan sumbangannya kepada Ummat Islam amnya. Tiada kecacatannya jika kita berpegang dengan sesuatu mazhab seperti mana ribuan para ulamak terdahulu yang berpegang dengan sesuatu mazhab.

Semoga virus tidak mahu bermazhab, memperlekehkan pendapat ulamak mazhab, takjub dengan diri sendiri sehingga menyangka pendapatnya lebih benar dari ulamak-ulamak tersebut, mudah menghina para ulamak dan ilmuan Islam, bersangka buruk dengan mereka yang menuntut ilmu agama serta guru-guru agama, serta 1001 lagi virus yang kini cuba disebarkan dalam masyarakat kita dapat dibendung dan dibenteras.

Doa kita kepada Allah, moga disatukan hati-hati kita semua dalam kebenaran, dilimpahkan kita rahmat dan keberkatan-Nya, dicucurkan kita kebaikan dunia dan akhirat, digolongkan bersama Muqarrabin, dibangkitkan bersama para anbiya' dan solihin. Amiin.

Copyright : http://aljoofre.blogdrive.com/